BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2

BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUT SUT PENGGAL 2 : Q&A PENGURUSAN STRESS BAB 1

KES 1 [TRIAL 2013]

Manja Lara Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan pemborongan. Perniagaan ini telah beroperasi selama lebih sepuluh  tahun. Jumlah permintaan dari peruncit semakin meningkat dari tahun ke tahun. Akibatnya pekerja terpaksa melakukan penghantaran barangan yang lebih kerap. Pekerja tidak diberikan waktu rehat yang cukup dan  kadangkala pekerja di bahagian stor terpaksa melakukan kerja-kerja pengkeranian yang ditinggalkan oleh pekerja yang cuti bersalin. Kenderaan untuk menghantarkan barangan yang disediakan oleh pihak syarikat sudah uzur dan segala kerosakan mekanikal terpaksa ditanggung oleh pekerja yang menggunakan kenderaan tersebut.
.
Keadaan ini menyebabkan motivasi pekerja semakin menurun dan kadar tekanan kerja semakin meningkat. Ada pekerja yang sudah mula kerap mengambil cuti kerana tidak tahan dengan keadaan kerja. Ada juga yang telah berhenti kerja. Luahan perasaan pekerja jarang diambil berat oleh pengurus Manja Lara Sdn Bhd.  Akhirnya banyak pesanan terpaksa dibatalkan kerana kekurangan tenaga pekerja dan masalah penghantaran yang lambat.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:

i.          Terangkan punca stres pekerja dalam syarikat ini. [15]
ii.         Jelaskan bagaimana pengurus syarikat dapat menguruskan stres yang dialami oleh pekerja syarikat seperti dalam 2(a)(i). [10]
iii.        Nyatakan kesan stres pekerja kepada perniagaan Manja Lara Sdn Bhd.[8]

CADANGAN JAWAPAN:

SOALAN i: Terangkan punca stres pekerja dalam syarikat ini.
1.         Fakta : Bebanan kerja/kerja terlalu banyak/tugas banyak [1]
Kaitan  kes: pekerja Manja Lara Sdn Bhd  terpaksa melakukan penghantaran barangan yang lebih kerap[1] KERANA jumlah permintaan dari peruncit semakin meningkat dari tahun ke tahun.[1]
2.         Fakta: Hak Pekerja Dicabuli/Diabaikan/Disekat.[1]
Kaitan kes : pekerja Manja Lara sdn bhd tidak diberikan waktu rehat yang cukup [1]menyebabkan mereka berasa letih dan tertekan.[1]
3.         Fakta:Konflik Peranan
Kaitan kes : Pekerja Manja Lara Sdn Bhd di bahagian stor terpaksa melakukan kerja-kerja pengkeranian yang ditinggalkan oleh pekerja yang cuti bersalin[1]  menyebabkan mereka merasa tertekan kerana tidak tahu tugas mana yang perlu diberi keutamaan.[1]
4.         Fakta: Keperluan kerja[1]
Kaitan kes: Segala kerosakan mekanikal terpaksa ditanggung oleh pekerja Manja Lara Sdn Bhd yang menggunakan kenderaan penghantaran yang sudah usang [1] menyebabkan mereka tertekan kerana duit mereka terpaksa digunakan untuk membaiki kenderaan yang rosak.[1]
5.         Fakta: Kurang sokongan sosial[1]
Kaitan kes: Luahan perasaan pekerja Manja Lara Sdn bhd  jarang diambil berat oleh pengurus Manja Lara Sdn Bhd [1]  menyebabkan mereka berasa terabai dan tidak diperlukan oleh syarikat.[1]

SOALAN ii: Jelaskan bagaimana pengurus syarikat dapat menguruskan stres yang dialami oleh pekerja syarikat seperti dalam 2(a)(i).

1.         Punca stres: Bebanan kerja/kerja terlalu banyak/Tugas banyak [1]
Langkah mengatasi: pengurus Manja Lara Sdn Bhd boleh menambah bilangan pekerja untuk mengurangkan bebanan kerja yang semakin meningkat. [1]
2.         Punca stres: hak pekerja dicabuli/diabaikan/disekat
Langkah mengatasi: Pengurusan Manja Lara Sdn Bhd sepatutnya memberi ruang dan hak kepada pekerja untuk berehat, dan membuat/menyusun jadual kerja supaya tidak berlaku.
3.         Punca stres: konflik peranan:
Langkah: Pengurusan perlu bijak dalam mengagihkan tugas yang ditinggalkan kepada pekerja yang lebih sesuai/mempunyai kemahiran yg sesuai dengan  kerja tersebut.
4.         Punca stres: Keperluan kerja
Langkah atasi: Pengurusan Manja Lara Sdn Bhd perlu menyediakan van untuk pengangkutan yang lebih baik dan baharu serta menyediakan peruntukan kewangan untuk belanja baik pulih.
5.         Punca: kekurangan sokongan sosial.
Langkah atasi: Pengurusan Manja Lara Sdn Bhd perlu menyediakan tempat mengadu pekerja/uit kaunseling di tempat kerja./wujudkan system mentor

SOALAN iii: Nyatakan kesan stres pekerja kepada perniagaan Manja Lara Sdn Bhd.

1.         Kesan ke atas pekerja : Motivasi pekerja menurun [1]
Kesan ke syarikat: menyebabkan produktiviti menurun. [1]

2.         Kesan atas pekerja : Penghantaran lambat/pekerja ponteng tidak menghantar barang tepat pada masa,[1]
Kesan ke atas syarikat: Syarikat akan hadapi kerugian-sebab pesanan dibatalkan kerana masalah kelambatan penghantaran/reputasi dan imej syarikat jatuh.[1]

3.         Kesan ke atas pekerja: Pekerja kerap mengambil cuti.[1]
Kesan ke atas syarikat : Produktiviti menurun/syarikat mengalami kerugian.

4.         Kesan ke atas pekerja : Pekerja telah berhenti kerja.[1]
Kesan ke atas syarikat: Kadar lantik henti meningkat/kos merekrut meningkat/Produktiviti menurun.[1]
[Kesan ke atas pekerja=1m  x 4,  Kesan ke atas syarikat=1m x 4]
[Jumlah=8m]


SOALAN 2 [KES]-STPM 2008

Puan Roslida baru bertugas sebagai eksekutif kewangan di Syarikat Sutra Sdn Bhd [4S]. Semasa tempoh percubaan selama enam bulan, beliau gagal mencapai sasaran jumlah kutipan hutang syarikat yang telah ditetapkan. Beliau telah diarahkan oleh pengurus kewangan untuk meningkatkan lagi jumlah kutipan hutang syarikat. Pada masa yang sama, pengurus Besar telah mengarahkan beliau untuk memberikan kursus asas pemasaran kepada jurujual syarikat. Syarikat juga tidak menyediakan kenderaan dan pasukan pengutan hutang semasa menjalankan tugas. Setiap kali beliau hendak keluar untuk memungut hutang, beliau mesti mendapat kebenaran daripada pengurus kewangan. Situasi ini membuat beliau berasa tertekan.

i.          Jelaskan punca ketegangan eksekutif kewangan tersebut.            [8]
ii.         Nyatakan lima cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh eksekutif kewangan tersebut.       [5]

CADANGAN JAWAPAN

Kes 2
 i.      Punca ketegangan eksekutif Kewangan

Punca ketegangan
Huraian
Kekaburan peranan / Kesamaran peranan/ Tugas yang diberi tidak jelas (1m)
Puan Roslida diarahkan untuk meningkatkan jumlah kutipan hutang tetapi beliau tidak dimaklumkan tentang sasaran kutipan yang perlu dicapai / sasaran tidak jelas.(1m)
Keperluan kerja/ Tuntutan kerja/ Kemudahan kerja (1m)
Puan Roslida tidak diberikan kemudahan kenderaan untuk beliau keluar melaksanakan tugas memungut hutang.(1m)
Konflik peranan / Pertindihan peranan (1m)
Puan Roslida menerima arahan daripada dua orang ketua iaitu Pengurus Besar dan Pengurus Kewangan.
Puan Roslida menghadapi konflik kerana diarah untuk memberi kursus dalam bidang pemasaran sedangkan beliau seorang eksekutif kewangan.
Kebebasan peranan / Tiada autonomi (1m)
Puan Roslida tidak diberikan autoriti untuk keluar masuk – beliau perlu mendapat kebenaran setiap kali hendak keluar memungut hutang.(1m)
Bebanan kerja / Kerja terlalu banyak (1m)
Puan Roslida perlu menjalankan tugas sebagai seorang eksekutif kewangan dan diminta pula memberi kursus pemasaran.(1m)

ii.      Cadangan untuk mengurangkan ketegangan:
  1. peranan perlu jelas dari segi objektif / hasil kerja  i.e. tugas yang diberikan sepatutnya sesuai dengan jawatan yang dipegang(1m)
  2. pertindihan  / percanggahan arahan perlu dielakkan, i.e. sistem pelaporan harus dipatuhi, arahan hanya daripada seorang pengurus sahaja (1m)
  3. tugas dibuat dalam tempoh yang berpatutan (1m)
  4. sokongan fizikal (e.g. kenderaan) daripada pihak atasan (1m)
  5. maklumat yang cukup dan tepat (iaitu untuk mengadakan kursus) (1m)
  6. beri autoriti yang secukupnya dalam menjalankan tugas (i.e. tidak perlu kebenaran pihak pengurusan atasan untuk keluar mengutip hutang) (1m)                                    
Kes 3


SOALAN KES [TARGET  STPM 2013]

Puan Maimun dan Encik Saufi ialah pekerja di sebuah kilang minyak masak. Puan Maimun mempunyai dua orang anak yang telah bersekolah dan baru mendapat seorang cahaya mata. Puan Maimun terpaksa bangun awal pagi setiap hari untuk menghantar anaknya ke sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak. Ini menyebabkan Puan Maimun selalu sakit dan kurang bertenaga. Puan Maimun mula mengelak diri daripada berkomunikasi dengan pekerja lain. Prestasi kerjanya semakin merosot.
            Encik Saufi pula baru bercerai dengan isterinya. Akibatnya beliau selalu meminum banyak alkohol, bersikap panas baran dan merosakkan bahan mentah. Beliau kerap tidak hadir ke tempat kerja tanpa sebab.
i.          Huraikan tanda-tanda ketegangan yang dihadapi oleh Puan Maimun dan Encik Saufi.[8]
ii.         Jelaskan empat program sokongan keluarga yang boleh membantu Puan Maimun untuk menyelesaikan ketegangannya.[8]
iii.        Huraikan kaedah individu yang sesuai kepada Encik Saufi bagi mengurus ketegangannya.[9]

CADANGAN JAWAPAN:

                 i.          Tanda-tanda ketegangan yang dihadapi oleh Puan Maimun dan Encik Saufi.                
1.      Perubahan fisiologi/kesihatan
-        Puan Maimun selalu sakit dan kurang bertenaga
2.      Perubahan sikap/ psikologi/ emosi
-        Puan Maimun mengelak diri daripada berkomunikasi dengan pekerja lain
-        Encik Saufi bersifat panas baran.
3.      Perubahan tingkah laku
-        Encik Saufi meminum banyak alkohol
-        Encik Saufi merosakkan bahan mentah
4.      Perubahan prestasi/kognitif
-        Encik Saufi selalu tidak hadir ke tempat kerja tanpa sebab
-        Pretasi kerja Puan Maimun merosot
               ii.          Empat program sokongan keluarga yang boleh membantu Puan Maimun untuk menyelesaikan ketegangannya.
Fakta (1m)
 Huraian (2 huraian x ½ m  = 1m)
Pusat penjagaan kanak-kanak
- Membantu Puan Maimun menghantar anak ke sekolah
- Menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak berhampiran kilang
- Puan Maimun tidak perlu tergesa-gesa ke tempat kerja
Pusat penyusuan anak
- Berhampiran dengan tempat kerja Puan Maimun
- Puan Maimun tidak perlu risau tentang anaknya / boleh menyusukan anaknya pada bila-bila masa
Jadual kerja fleksibel/ anjal
- Puan Maimun boleh datang lambat untuk mengurus hal rumah tangga
- Puan Maimun boleh pulang lewat untuk menyiapkan kerja
Kerja dari rumah
- Puan Maimun boleh bekerja di rumah sambil menguruskan anak-anaknya
- Puan Maimun dibenarkan membawa pulang bahan atau alatan supaya boleh bekerja di rumah

             iii.          Kaedah individu yang sesuai kepada Encik Saufi bagi mengurus ketegangannya.
Kaedah (1m)
Huraian (1m)
Pengurusan masa
- En Saufi menggunakan masa bekerja untuk bekerja dan tidak dicampuradukkan dengan masalah keluarga
Teknik fisiologi
- En Saufi menggunakan kaedah berehat dan bermeditasi
- En Saufi menggunakan amalan duduk yang selesa
- Encik Saufi bernafas dengan perlahan
Senaman
- En Saufi boleh melakukan aktiviti senaman seperti aerobik, berjogging, menunggang basikal
Sokongan sosial
- En Saufi meluahkan masalah dan mendapat nasihat daripada ahli keluarga, rakan dan kaunselor
Mengamalkan tabiat menyelesaikan masalah
- En Saufi perlu bersikap proaktif apabila menghadapi masalah
- Encik Saufi perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik
- Encik Saufi perlu berbincang dengan rakan


0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com