BIL
|
SOALAN BAB 4
|
JAWAPAN
|
1
|
Huraikan
tiga ciri-ciri pemikiran kreatif
|
Ciri-ciri pemikiran kreatif ialah:
1.
Menghasilkan
idea baru [1]
§ Kemukakan
idea baru yang belum pernah diperkenalkan oleh mana-mana individu / idea yang
belum digunakan pada masa tersebut [1]
§ Contoh
– penggunaan buku elektronik menggantikan buku teks
2.
Melihat
dari pelbagai sudut
§ Meluaskan
penggunaan sesuatu produk / satu produk mempunyai pelbagai fungsi
§ Contoh
– kad pintar yang boleh digunakan sebagai kad pengenalan, lesen memandu &
kad pengeluaran wang di bank
3.
Menghasilkan
konsep baru
§ Gambaran
& pemahaman yang baru terhadap sesuatu produk mengikut keadaan semasa
§ Boleh
mengubah pemahaman masyarakat terhadap sesuatu produk yg dikenali sebelum
ini.
§ Contoh
– stesen minyak yang kini turut menenpatkan kedai mudah beli, mesin
pengeluaran & restoren makanan segera
4.
Boleh
mencabar apa-apa yang dianggap betul dan mencabar pada masa kini
§ Idea
boleh mencabar sesuatu perkara atau idea yang sedia ada yang dianggap terbaik
pada masa kini
§ Contoh
– kerja-kerja yang dilakukan oleh robot
5.
Menghasilkan
kaedah baru
§ Menghasilkan
kaedah baru /cara baru yang lebih baik daripada cara sedia ada yang dapat
melaksanakan kerja sesuatu pekerjaan dengan lebih cepat & berkesan
§ Contoh
– penyimpanan wang tunai menggunakan mesin yang lebih berkesan berbanding
menggunakan juruwang
6.
Berfikiran
futuristik / berwawasan
§ Kemampuan
meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang
§ berdasarkan
kepada pengetahun, pengalaman & analisis
|
2
|
Jelaskan
empat kelemahan pembuatan
keputusan secara kumpulan.
|
Empat kelemahan pembuatan keputusan secara kumpulan ialah:
1.
Ambil masa lama untuk
mencapai persetujuan/keputusan
2.
Wujud ahli yang akan
menguasai sesi perbincangan & keputusan cenderung kepada kumpulan ini
3.
Wujud sikap tolak ansur
dikalangan sebilangan ahli menyebabkan keputusan kurang baik diterima.
4.
Mewujudkan ahli yang tidak
dapat terima keputusan menyebabkan
rasa tidak puas hati & tidak komited melaksanakannya .
5.
Akauntabiliti terhadap perlaksanaan
& kesannya adalah kurang kerana ianya keputusan kumpulan.
|
3
|
Jelaskan
keputusan rutin dan tak rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang
pengurus.
|
Keputusan rutin
·
Keputusan rutin ialah
keputusan yang bergantung kepada polisi/peraturan/ prosedur dalam organisasi
·
Digunakan untuk masalah
berstruktur seperti pesanan inventori ketika paras inventori jatuh
·
Dianggar 90% keputusan dalam
organisasi bersifat rutin dan berlaku di peringkat bawah organisasi.
Keputusan
tak rutin
·
Keputusan tak rutin pula
melibatkan perantaraan antara keputusan yang dirancang dan tidak dirancang.
·
Keputusan yang diambil
mestilah diberi pertimbangan tentang kepentingan dan kesesuaiannya.
·
Merujuk kepada
penemuan/pengenalpastian/penentuan masalah yang tidak berstruktur
|
4
|
Dengan
memberikan contoh, huraikan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan
pembuatan keputusan secara kuantitatif.
|
Pembuatan keputusan secara
kualitatif :
·
Contoh : kajian kes, rajah
tulang ikan, pemerhatian, cerapan.
·
Pembuatan keputusan secara
kualitatif memerlukan
1.
kebijaksanaan,
2.
pengalaman,
3.
budi bicara,
4.
gerak hati
5.
kreativiti dan inovasi.
Pembuatan keputusan secara
kuantitatif :
·
Contoh : Guna pengukuran
statistik dan grafik, kaedah nilai kini, PERT/CPM
·
Pembuatan keputusan secara
kuantitatif memerlukan pengetahuan pembuat keputusan dalam
menginterpretasikan angka-angka ( data ) yang diperolehi dan graf
dipersembahkan.
|
5
|
Jelaskan
tiga maklumat relevan untuk
membuat keputusan dalam pembelian sebuah van untuk kegunaan pengangkutan bagi
sesuatu perniagaan pemborongan.
|
1.
Saiz
muatan van – bergantung kepada saiz
barang-barang perniagaan.
2.
Harga/kaedah
pembayaran– harga berpatutan mengikut keupayaan perniagaan/ syarikat
tersebut;
3.
Penjimatan
penggunaan bahan bakar – kurangkan
bebanan/kos petrol bagi syarikat.
4.
Keselamatan – Van yang mempunyai ciri-ciri keselamatan
asas .
5.
Aksesori
van – kereta yang mempunyai pelbagai
peralatan tambahan seperti tempat letak barang-barang/kargo
6.
khidmat
lepas jualan/ waranti – mengurangkan
kos penyenggaraan/memudahkan khidmat penyenggaraan/tempat servis yang selesa.
|
6
|
Senaraikan
empat peraturan semasa sesi
sumbang saran diadakan.
|
Peraturan sesi sumbang saran
1.
Menyatakan masalah dalam
perkataan yang paling asas dan menulis isi-isi penting supaya mudah dirujuk
dan dikenal pasti.
2.
Jangan mencari silap atau
berhenti untuk membincang idea orang lain pada masa proses sumbangsaran. Ini termasuklah mengkritik idea orang lain.
3.
Setiap ahli hendaklah
menerima idea dan pandangan ahli lain walaupun berasa bahawa idea itu tidak
relevan pada ketika itu bagi menggalakkan setiap ahli memberikan idea
4.
Memberi sokongan atau galakan
sangat perlu supaya ahli-ahli tidak mempunyai sikap mengasingkan diri. Ini bermakna setiap ahli tidak mempunyai
sikap merendah diri.
|
7
|
Jelaskan
pertimbangan yang perlu dibuat oleh pembuat keputusan dalam membuat pemilihan
sesuatu alternatif.
|
Dalam pemilihan sesuatu
alternatif, kita perlu pertimbangkan kriteria berikut:
1.
Kawalan: Adakah pelaksanaan
alternatif ini dalam kawalan anda/kita?
2.
Kesesuaian: Adakah alternatif
ini menyelesaikan masalah tersebut?
3.
Keperluan Sumber: Mampukah
kita melaksanakannya (manusia, wang, peralatan, dsb)?
4.
Faedah: Adakah ia berfaedah?
5.
Masa: Berapa lama sebelum
kita dapat lihat hasilnya?
6.
Kebolehterimaan: Adakah ahli
dalam organisasi akan menerimanya?
|
8
|
Senaraikan
lima asas utama teknik delphi seperti yang
diperkenalkan oleh Linstone dan Turoff.
|
Lima utama Teknik Delphi seperti yang diperkenalkan oleh
Linstone dan Turoff:
1.
Sampel dipilih secara
individu dan setiap sampel tidak mengetahui jawapan sampel lain dalam panel
pakar;
2.
Sampel hanya mengetahui
jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila penyelidik melakukan analisis
data dan menghantar dapatan tersebut kepada setiap ahli panel;
3.
Sampel tidak menerima
sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun sampel lain dalam menentukan
jawapan soal-selidik mereka;
4.
Data dianalisis secara
statistik;
5.
Data yang diberi oleh sampel
adalah tiada pilih kasih (tidak bias) dan dengan demikian panel memainkan
peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai konsensus.
|
9
|
Jelaskan
maksud min, median, mod, julat dan sisihan piawai di dalam pengiraan
statistik deskriptif.
|
·
Min-Purata semua nombor dalam
sampel
·
Median-Titik tengah nombor
setelah disusun menaik
·
Mod-Nombor yang paling kerap
berulang
·
Julat-Perbezaan nilai
terbesar dengan nilai terkecil
·
Sisihan piawai-Purata jarak/
sisihan setiap nombor dari min
|
10
|
Senaraikan
data dan maklumat luaran organisasi yang biasa dikutip semasa proses
pembuatan keputusan.
|
Antara
data dan maklumat luaran yang biasa dikutip semasa proses pembuatan keputusan
ialah:
1.
Data
pelanggan produk syarikat
2.
Data
keadaan ekonomi
3.
Data
pesaing syarikat
4.
Data
keadaan politik dan perundangan
5.
Data
pembekal syarikat
6.
Data
permintaan pasaran
7.
Data
berkaitan prasarana
8.
Data
berkaitan globalisasi pasaran
|
11
|
Jelaskan
maksud pembuatan keputusan yang rasional dan senaraikan langkah-langkah dalam
proses membuat keputusan yang rasional tersebut.
|
Maksud pembuatan keputusan yang rasional:
·
Pembuatan keputusan yang
rasional bermakna keputusan yang
diambil haruslah berasaskan fakta, hujah-hujah dan sebab munasabah.
·
Oleh itu penilaian yang
sistematik harus dibuat dalam keseluruhan proses membuat keputusan.
Langkah-langkah dalam membuat keputusan yang rasional
ialah:
1.
Mengenal pasti masalah,
2.
Mengutip data,
3.
Menganalisis data,
4.
Menjana alternatif,
5.
Menilai alternatif, dan
6.
Memilih alternatif.
|
12
|
Dengan
memberikan satu contoh, jelaskan
pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian.
|
Contoh:
Seorang pengurus di dalam sebuah syarikat ingin melaburkan
sejumlah wang milik syarikat ke dalam sebuah bank. Pengurus tersebut sudah tentu telah
mengetahui jumlah pulangan dan keuntungan yang bakal diterima oleh
syarikatnya dalam jangka masa tertentu.
Ini kerana beliau telah dimaklumkan dengan jelas oleh pihak pengurusan
bank mengenai kadar faedah dan polisi yang telah ditawar dan ditetapkan oleh
pihak bank.
Penjelasan:
·
Dalam persekitaran pembuatan
keputusan dalam keadaan kepastian ini, maklumat
adalah mencukupi untuk setiap alternatif.
·
Ini bermaksud maklumat
tersebut adalah lengkap dan boleh
dipercayai.
·
Pengurus mengetahui
kepentingan setiap alternatif serta memahami dan menjangka hasil terakhir
setiap alternatif.
·
Keadaan ini adalah ideal dalam menyelesaikan masalah dengan cabaran
utama pengurusan adalah mengkaji setiap alternatif dan memilih penyelesaian
terbaik.
·
Walaupun beberapa masalah
akan timbul, ia boleh dihadapi dan ditangani agar ketidaktentuan dapat
dikurangkan.
·
Seseorang pengurus perlu
berfikiran rasional dalam pembuatan keputusan dengan mengambil kira fakta,
hujah-hujah dan sebab-sebab yang munasabah, praktikal dan sistematik dalam
memilih alternatif yang terbaik.
|
13
|
Nyatakan
data dan maklumat dalam organisasi yang terlibat dalam proses pembuatan
keputusan yang rasional.
|
Antara
data dan maklumat dalaman organisasi yang terlibat dalam proses pembuatan
keputusan ialah:
1.
Data
berkaitan masalah utama atau peluang yang wujud
2.
Data
berkaitan produk dan perkhidmatan
3.
Data
berkaitan kos yang terlibat
4.
Data
berkaitan pekerja yang terlibat
5.
Data
berkaitan peralatan dan mesin yang digunakan
6.
Data
berkaitan bahan mentah yang digunakan
7.
Data
berkaitan kaedah yang diguna pakai.
8.
Data
berkaitan pelaporan kewangan
|
14
|
Jelaskan
dua faktor kecekapan pembuat
keputusan dalam mempengaruhi pembuatan keputusan secara keseluruhan.
|
PENGARUH
FAKTOR KECEKAPAN PEMBUAT KEPUTUSAN
1.
Pengalaman
Pembuat Keputusan
§
Pembuat
keputusan yang mempunyai pengalaman dalam penyelesaian masalah yang berstruktur dan yang bersifat rutin
tidak akan menghadapi masalah terhadap keputusan yang bakal dibuat.
2.
Pengetahuan
Pembuat keputusan dalam bidang masalah
§ Pembuat keputusan yang mempunyai pengetahuan dan
ilmu yang cukup berkaitan permasalahan yang wujud akan memudahkan pembuat
keputusan tersebut untuk membuat keputusan secara cekap.
3.
Kreativiti
Pembuat Keputusan
§
Tahap
kreativiti pembuat keputusan juga mempengaruhi keputusan yang dihasilkan di
mana pembuat keputusan yang kreatif akan mencari jalan penyelesaian yang
terbaik.
4.
Personaliti
Pembuat Keputusan
§ Jenis personaliti pembuat keputusan juga
mempengaruhi kecekapan mereka dalam proses membuat keputusan.
§ Sekiranya pembuatan keputusan tersebut adalah
daripada personaliti jenis A, mereka akan membuat keputusan mengikut acuan
mereka sendiri, di mana mereka lebih suka membuat keputusan dengan cepat,
teliti dan lebih berhati-hati.
5.
Kemahiran
Pembuat keputusan dalam penggunaan alat kuantitatif
§
Pembuat
keputusan yang memiliki kemahiran mengaplikasikan semua jenis alat membuat
keputusan kuantitatif akan lebih cekap dalam proses membuat keputusan
terutama keputusan yang bersifat
objektif.
|
0 comments:
Post a Comment