Pengasas Mydin Mohamed Holdings
Berhad (Mydin), En. Mydin Mohamed memulakan perniagaannya dengan menjual
barangan mainan yang diimport dari Thailand. Walaubagaimanapun, pada tahun
1987, beliau telah menyerahkan pengurusan syarikat kepada anaknya, Datuk Haji
Ameer Ali Mydin bagi meneruskan legasi perniaagaannya.
Hasil kejayaan kepimpinan Datuk
Ameer, Mydin kini mempunyai 100 rangkaian pasaraya meliputi 10 pasaraya besar,
18 emporium, tiga bazar, 54 pasar mini, sembilan kedai serbaneka dan enam francais
yang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Mydin kini dalam proses
mengembangkan pasarannya ke Sarawak. Dengan bilangan pekerja yang mencecah
lebih 8500 orang, Mydin menjadi peneraju syarikat pemborong dan peruncit yang
menyediakan nilai terbaik kepada para pelanggannya. Menurut Datuk Ameer, beliau
menjadikan bapanya sebagai mentor dalam menguruskan perniagaan. Seperti bapanya,
Datuk Ameer turut menyemai elemen disiplin, kejujuran, keikhlasan, kesetiaan,
kepintaran dan berjimat cermat dalam perniagaan. Datuk Ameer percaya bahawa
kepimpinan bapanya juga telah mengajar beliau untuk fokus, bekerja kuat, pemerhati,
hands-on dan sentiasa tabah dalam
semua keadaan. Salah satu perkara yang diteruskan daripada zaman pengurusan
bapanya adalah dengan memastikan setiap pekerja mempunyai buku nota 555 yang
digunakan bagi mencatat sebarang perkara penting dengan serta-merta. Di Mydin,
para pekerja turut diterapkan dengan prosedur menepati masa terutama dari segi
menepati tarikh akhir menghantar laporan kepada ketua serta perlu sentiasa
terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Sikap Datuk Ameer yang sentiasa
mengambil berat terhadap kebajikan para pekerjanya menyebabkan beliau disenangi
ramai. Malahan, budaya kebersamaan seperti sebuah keluarga besar turut dirasai
oleh pekerja baru. Polisi pintu terbuka yang diamalkan di Mydin menggalakan
para pekerja bertemu pihak pengurusan atasan syarikat pada bila-bila masa. Pada
tahun 2012 Datuk Ameer telah menerima Anugerah Kepimpinan Tanggungjawab Sosial
Korporat daripada Organisasi Usahawan Muda Malaysia. Sebelumnya, Datuk Ameer
pernah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan ICON 2011 daripada BrandLaureate. Hal ini
berikutan pelbagai aktiviti dan program melibatkan masyarakat telah dianjurkan
oleh Mydin. Antaranya adalah memberi peluang anak-anak yatim dan warga kelaian
upaya (OKU) untuk membeli-belah di Mydin menjelang musim perayaan. Mydin turut
membantu mangsa peperangan di Gaza dan Rohingya.
(Rujukan:
Management, Vol.47(3), 16-21, http://www.mydin.com.my/mydin/news)
i.
Bincangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datuk
Ameer.
ii.
Jelaskan gaya kepimpinan oleh Datuk Ameer.
Skima jawapan
i.
Bincangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datuk
Ameer.
Fakta
|
Huraian
|
Markah
|
Transformasional
|
Mengubah Mydin daripada pengurusan kedai runcit biasa kepada
hypermarket
|
|
Karismatik
|
Mampu mempengaruhi pekerjanya untuk mengikut cara
pengurusan yang diamalkan (berdisiplin)
|
|
Berwawasan
|
Mengembangkan pasaran ke Sarawak.
|
|
ii.
Jelaskan gaya kepimpinan oleh Datuk Ameer.
Fakta
|
Huraian
|
Markah
|
demokratik
|
Bersifat terbuka
|
|
|
|
|
|
|
|
**CREDIT TO TEAM MAKRIFAT ESPECIALLY DR UMMI SALWA FROM USIM