XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM

XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

Ciri Utama Koperasi..

i. Keuntungan koperasi tidak dikenakan cukai
Koperasi merupakan satu entiti perniagaan yang tidak dikenakan cukai terhadap keuntungan yang diperolehi. Ahli lembaga pengarah boleh menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membangunkan koperasi atau menyediakan faedah kebajikan tambahan untuk ahli koperasi. Misalnya, keuntungan koperasi yang tidak dikenakan cukai boleh dijadikan sumber modal untuk membesarkan perniagaan koperasi yang sedia ada atau membiayai kos pemberian pendidikan kepada ahli koperasi

ii. Koperasi mementingkan kebajikan ahli
Salah satu ciri istimewa koperasi yang paling penting ialah koperasi mengutamakan kepentingan dan kebajikan setiap ahli tanpa sebarang unsur diskriminasi. Dalam usaha menjaga kebajikan ahli, sesetengah koperasi telah mewujudkan tabung kebajikan dan tabung biasiswa. Kutipan daripada tabung ini akan digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada ahli sama ada dalam bentuk khairat kematian, pinjaman tanpa faedah, bantuan kewangan kecemasan atau biasiswa untuk tanggungan ahli

iii. Hak mengundi yang sama rata tanpa mengira jumlah pegangan saham
Setiap ahli mempunyai hak mengundi yang sama rata, iaitu satu undi untuk satu ahli tanpa mengira jumlah pegangan saham ahli koperasi. Selain itu, setiap koperasi tidak dibenarkan memegang saham melebihi satu per lima daripada jumlah saham berdaftar. Keadaan ini membolehkan setiap ahli mempunyai hak sama rata dalam membuat keputusan yang berkeitan dengan kepentingan koperasi. Ahli lembaga pengarah koperasi pula dipilih oleh ahli semasa mesyuarat agung tahunan melalui cara demokrasi

iv. Peranan ahli sebagai pemilik dan pengguna koperasi
Setiap individu yang menjadi ahli koperasi secara tidak langsung memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemilik dan pengguna koperasi. Ahli koperasi yang membeli saham koperasi merupakan penyumbang modal terhadap perniagaan koperasi. Sebagai pengguna pula, ahli koperasi dapat menikmati keistimewaan tertentu berbanding dengan bukan ahli. Ahli koperasi boleh menikmati barangan yang ditawarkan oleh koperasi pada kadar yang istimewa, misalnya melalui koperasi kewangan, ahli boleh mendapatkan bantuan pinjaman pada kadar yang lebih rendah

v. Pemberhentian ahli koperasi perlu melalui proses permohonan
Sekiranya seseorang individu ingin berhenti daripada menjadi ahli koperasi yang berdaftar, individu berkenaan perlu membuat permohonan kepada pihak pengurusan koperasi berkenaan. Selepas mesyuarat diadakan untuk meluluskan permohonan tersebut, segala pulangan dan dividen semasa atau dividen tertunggak yang masih terhutang kepada ahli akan dijelaskan. Pemberhentian seseorang individu sebagai ahli koperasi tidak dilakukan dengan serta merta sebagaimana yang berlaku dalam syarikat. Dalam sesebuah syarikat, seorang pemegang saham akan berhenti menjadi ahli syarikat sebaik sahaja ia menjual semua sahamnya dalam syarikat tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com